Kerjaya antarabangsa Park_Chu-young

Piala Dunia FIFA 2010

Pada 17 Jun 2010, Park menjaringkan gol sendiri ketika kekalahan 4–1 kepada Argentina dalam Piala Dunia FIFA 2010.[19] Walau bagaimanapun, Park menebus kesilapannya ketika perlawanan seterusnya Korea menentang Nigeria dengan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma untuk seri 2–2, membolehkan Korea Selatan mara ke pusingan 16. Ketika pusingan 16, sepakan percuma Park sebelum separuh masa terkena tiang. Gol lewat dari Luis Suárez meletakkan Uruguay di atas. Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2–1 kepada Uruguay yang kemudiannya layak ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2010, menyingkirkan Korea Selatan.

Sukan Asia 2010

Park bersama Kim Jung-Woo, dipanggil ke pasukan B-23 untuk mengambil bahagian dalam Sukan Asia 2010 yang diadakan di Guangzhou. Pasukan itu diketuai oleh bekas kapten pasukan kebangsaan Hong Myung-Bo. Park tidak bermain dalam perlawanan pertama menentang Korea Utara, yang berakhir dengan kekalahan 0-1. Dia masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan seterusnya menentang Jordan, dimana Korea Selatan menang 4–0. Dia memulakan perlawanan semasa perlawanan terakhir kumpulan menentang Palestin, dimana dia menjaringkan gol kedua ketika kemenangan 3–0 sebelum dikeluarkan. Korea Selatan layak ke pusingan kalah mati, setelah berada di tempat kedua dalam Kumpulan C dengan enam mata. Dalam perlawanan seterusnya menentang China, Park bermain keseluruhan perlawanan, menjaringkan satu gol pada minit ke 50 untuk membantu Korea Selatan menang 3–0. Ketika perlawanan suku akhir menentang Uzbekistan, Park sekali lagi berpengaruh dalam memimpin Korea untuk kemenangan. Park menjaringkan gol ketiganya dalam pertandingan beberapa minit selepas separuh masa pertama masa tambahan, selepas pasukan bermain dengan keputusan seri 1-1 dalam masa biasa. Korea Selatan menang perlawanan itu dengan keputusan 3–1, dan Park dikeluarkan pada minit ke 108. Walaupun Park bermain dalam perlawanan separuh akhir menentang UAE, dia gagal menjaringkan gol dan Korea Selatan kalah 0–1 selepas UAE menjaringkan gol pada minit akhir masa tambahan. Ketika perlawanan penentuan pingat gangsa menentang Iran, Park menjaringkan gol keempatnya dalam pertandingan. Dengan South Korea ketinggalan 3–1, Park menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 3–2. Korea Selatan akhirnya menang 4–3 untuk mendapat pingat gangsa, dengan dua gol dari Ji Dong-Won.

Piala Asia 2011

Walaupun Park disenaraikan dalam skuad untuk Piala Asia 2011, dia gagal mengambil bahagian kerana kecederaan dan digantikan oleh Ji Dong-Won. Selepas pertandingan itu, dia dinamakan kapten pasukan kebangsaan menggantikan Park Ji-Sung yang bersara. Tetapi pada tahun 2012, jurulatih yang baru dilantik, Choi Kang-Hee menamakan Lee Jung-Soo sebagai kapten pasukan kebangsaan, menggantikan Park.

Olimpik London 2012

Park dipilih sebagai pemain lebih umur oleh jurulatih Korea B-23, Hong Myung Bo untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2012 London. Park menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan menentang Switzerland. Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa menentang Jepun, Park Chu-Young menjaringkan gol pertama dalam kemenangan 2-0.

Piala Dunia FIFA 2014

Walaupun tidak bermain dalam pasukan utama secara tetap selama beberapa tahun, Park dimasukkan dalam skuad Korea Selatan untuk Piala Dunia FIFA 2014. Dia bermain dalam perlawanan menentang Rusia dan Algeria.Persembahan beliau adalah teruk, mencatat kosong percubaan pada sasaran dalam kedua-dua perlawanan. Dia telah digantikan oleh Kim Shin-Wook untuk perlawanan terakhir menentang Belgium.

Gol antarabangsa

#TarikhVenueLawanSkorKeputusanPertandingan
1.3 Jun 2005 Tashkent Uzbekistan1–11–1Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
2.8 Jun 2005 Kuwait City Kuwait1–04–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
3.21 Januari 2006 Riyadh Greece1–11–1Piala LG 2006
4.25 Januari 2006 Riyadh Finland1–01–0Piala LG 2006
5.1 Mac 2006 Seoul Angola1–01–0Perlawanan persahabatan
6.17 Februari 2008 Chongqing China1–03–2Piala Asia Timur 2008
7.17 Februari 2008 Chongqing China2–23–2Piala Asia Timur 2008
8.31 Mei 2008 Seoul Jordan2–02–2Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
9.7 Jun 2008 Amman Jordan1–01–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
10.19 November 2008 Riyadh Arab Saudi2–02–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
11.6 Jun 2009 Dubai Emiriah Arab Bersatu1–02–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
12.12 Ogos 2009 Seoul Paraguay1–01–0Perlawanan persahabatan
13.5 September 2009 Seoul Australia1–03–1Perlawanan persahabatan
14.24 Mei 2010 Saitama Jepun2–02–0Perlawanan persahabatan
15.22 Jun 2010 Durban Nigeria2–12–2Piala Dunia FIFA 2010
16.25 Mac 2011 Seoul Honduras3–04–0Perlawanan persahabatan
17.3 Jun 2011 Seoul Serbia1–02–1Perlawanan persahabatan
18.2 September 2011 Goyang Lubnan1–06–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
19.2 September 2011 Goyang Lubnan2–06–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
20.2 September 2011 Goyang Lubnan4–06–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
21.6 September 2011 Kuwait City Kuwait1–01–1Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
22.11 Oktober 2011 Suwon Emiriah Arab Bersatu1–02–1Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
23.11 November 2011 Dubai Emiriah Arab Bersatu2–02–0Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
24.5 Mac 2014 Athens Greece1–02–0Perlawanan persahabatan

Rujukan

WikiPedia: Park_Chu-young http://www.arsenal.com/news/news-archive/arsenal-t... http://www.arsenal.com/news/news-archive/ju-young-... http://www.arsenal.com/news/news-archive/squad-num... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://star.fnnews.com/news/index.html?no=120646 http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/95098... http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/65421/par... http://soccernet.espn.go.com/report?id=332764&cc=5... http://www.kleague.com/kr/sub.asp?avan=1006020000&... http://www.ligue1.com/ligue1/feuille_match/53900